::FrENzZ 4 eVeR::

..Our SweeTness Love..

Daisypath Anniversary tickers

Our sWeeT BAby

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label Kisah Manja. Show all posts
Showing posts with label Kisah Manja. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

::Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah::

Salam Blogger2 semua....

lama...betul2 lama dah tak merepek kat sini...rasa rindu ker ni?tak gak..huhuu..ada lah cket...
but lack of idea...

terlintas nk menekan2 kat blog ni balik pun just wanna to share apa dah berlaku kat 'ummi n bby' nyer...
haa...mesti ada mulut yg "ekhh ngandung lagi ke...?" alah dah rezeki Allah nk bg terima lah ngn hati terbuka..dan senang hati...





tapi mengandung kali ni...ada masalah yg lain plak timbul..hee..may be bby kli ni lagi manja dr abg long nyer..

Placenta Previa (PP) atau sgt2 dikenali dan difahami sbgi Uri Di Bawah

Punca ianyer kebawah memang x dapat dipastikn..sbb dr semua yg tersenarai 1 pun tak terlibat..tp mungkin ni dugaan utk ummi utk kandungan kali ni.."tak pe syg ummi..ummi tanggung semuanyer utk syg ummi ni.."

1st time scan kat KK Senawang 11/07:(20w+5d)..doctr (pompuan malayu...muda n cantik.) dah bg tahu "uri puan dibawah ..next month i buat appmnt utk kita scan lgi ok..we see next progress.."

tapi time tu pikir ...apa der hal baru 20w nnti2 naik lah ni...huhuu...sbb bukan sakit apa pun..nk risau pe..rase mcm benda kecik jer tu..

nk dijadikan cerita...28w..bledding lah cket++sakit kat bahgian ari2..tp rlex je g..
then hubby ajak g KPJ buat chk up...pun doctr kata benda yg sama...disertakan gambar scan n detail scanning for KK ref....apa lgi time g KK plak dia scan skali g..n bg  tau may be dlm type I atau II..
Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah ni ada 4 type..so di bg nyer surat watikah kemasukkan terus ke wad...
berkampung lah kat hospitall..fuuhhh bosan tahap dewa dewi...lepas scan ngn pakar so conclute nye type I..boleh laa men discarge kn dri (tp dgn risiko sendri)....

semoga allah permudahkan urusan kita ye syg Ummi...Amin..

Jom baca cket pasal Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah ni:

Utusan Malaysia - 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN



BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.
Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.
Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?

Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?
Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.
Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.
“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ 

jelasnya..Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.
Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.
Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.
Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.
PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.
Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.
Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.
Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.

Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.
Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. 
Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.
Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.
Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
 
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
 
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.
Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.
Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.
Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi

- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim - pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.
Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.
Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.


::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Thursday, February 17, 2011

::Muhammad Ghazi Bin Mohd Norazlishah::



Scrapbook at WiddlyTinks.com
Muhammad Ghazi 1 month
***********

28hb Dec 2010...dah sebulan lebih Muhammad Ghazi lahir..
dah nampak akal cerdik nyer...tapi Mak long dia ni baru nak update kisah si manja ni.

cucu sulung bg Atok Ali my dad laa...cucu atok lah kata kan..my mum plak ada lagu utk cucu dia ni..hee
"cucu wan sayang..cucu wan sayang..cucu wan sayang"

org lain dgr agak bingit lah tinga..hee.tapi simanja ni dok diam lena tak pun celik tapi diam mcm syok jer kat pangku wan dia..cuba bg kat org lain nyanyi lah mcm mana pun uwek..uweukk..lah dia nangis..org tu hee mak long dia laa..hee..kat papa n ibu dia manjeee sgt tgk..

paling best tgk bby Ghazi mandi..belum pun kena air dah menjerit mcm kena cubit peha bam bum tu..bila peluk balik diam jee hee..sgt2 manje si kecil ni..


coretan buat anakda ku Ghazi:

awal kelahiran Ghazi..bby kena kuning..mmm.semua org susah hati terutama ibu Ghazi..ingat mak long tak nampak ibu Ghazi nangs kot..mm..mlm Ghazi kena tinggal kat KPJ seremban sbb dmm kuning..ibu nangis kena marah dgn wan kot(mak long dgr dr cter wan jer..hee)..tapi wan pun nangis sbb ibu Ghazi n papa tinggal Ghazi kat hospital sorg2..wan marah sgt time tu..wan ckp kat mak long.."anak mak 4 org tak penah sorg pun mak tinggal2 kan.."..mak long pun nangis dgr cter Ghazi kena tinggal sorg2 time tu..tapi kalau mak long kat tempat ibu n papa pun mesti mak long wat mcm tu gak..semua tu utk Ghazi gak kan..supaya Ghazi sembuh n sihat n nakal n manja...semua org sgt2 susah hati time tu tau..

esok nyer ibu n papa Ghazi jemput balik Ghazi..
Alhamdulillah..Ghazi sgt kuat..Ghazi sihat dan makin manja..almaklumlah intan payung semua org..

baru2 ni plak Ghazi demam..sbb kena cucuk kat peha bum bum cucuk utk sebulan..
mm..masa mak long call wan terdgr suara Ghazi nangis..wan ckp Ghazi dmm..sedih sgt2 mak long dgr time tu..sbb ingat Ghazi jangkit dr mak long dmm tu...sampai pak long tanyer naper mak long tak der mood jer mlm tu..mak long diam jee..(hee..mak long tak bg tau pun kat pak long..hee)

nanti dah besar Ghazi jgn lawan ckp papa n ibu tau...ciann ibu mak long tgk..kena pantang hehhe..dah laa payah nak mkn ubat..siap curi2 mkn ikan masak cili g tu..takut wan marah..tgh mlm tersenguk2 ibu nak bg Ghazi minum susu..Ghazi sgt kuat minum susu..pkl 1,pkl 3, pkl 4..mesti nak nyusu..pkl 5 tu plak dah tak nak tido bawah dah nak kena peluk jer plak (wan lah ajar tu..hee)..ciann ibu kan...papa Ghazi pun rajin mandikan Ghazi..peluk Ghazi n dodoikan Ghazi kalu nangis..kadang2 sampai tertido papa ghazi...

pernah 1 mlm tu mak long n pak long jaga Ghazi..pak long nak tgk bola..heheh..padan muka kan kena jaga Ghazi time tu..timu tu ibu n papa Ghazi dah terlena sgt2..sbb ibu dia pening kepala mlm tu..papa plak baru balik keje..ehehhe..tu pun mak long dah ngantuk sgt2 hehheh...last2 mak long kejut papa Ghazi..mak long g tido laa per g..heheh...

lupa plak nak ckp pasal ayah cik Ghazi...Muhammad Afnan Ismail Qoyyum..haa pjg tak nama ayah cik Ghazi..hehee..ayah Cik ni time Ghazi lahir umur dia 2thun lebih...sgt2 manja gak mcm Ghazi..tapi dah nampak dia pun syg kan Ghazi even da laa cket jelous2 dia tu bila atok pangku Ghazi..hee..tapi ayah cik ni bila kuar umah jer mesti ingat kat Ghazi..mesti ckp nak balik umah..bila tnyer naper nak balik dia jawap nak Ghazi..hee..bila Ghazi g klinik 1 hari tu..dia bgn tido siap cari2 Ghazi kat bby kot kat katil n bawah katil..wan tnyer 'adik(panggilan utuk ayah cik) cari per'..relex jer ayah cik jawap...'Ghazi'..

nanti Ghazi dah pandai baca mesti Ghazi tergelak Baca 'kisah manja' ni...(byk plak idea mak long mlm ni..heheh)

k lah Ghazi nanti Mak long cter g yer..'kisah manja' Ghazi ni..bulan dpn plak yer bila Ghazi 2 bln nanti..tak pun mak long pas over kat ibu Ghazi.heheh..ibu mesti g byk kisah manja tentang Ghazi...muuahhh miss u...

p/s-cuti baru2 ni mak long balik Ayah cik balik umah ayah dia..tok su Ghazi..rindu sgt2 kat ayah cik yg nakal tu...mmm..mood nak nagis laa plak..


::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

PoWeReD bY ..SuMThInK2beLiVe..