::FrENzZ 4 eVeR::

..Our SweeTness Love..

Daisypath Anniversary tickers

Our sWeeT BAby

Lilypie Premature Baby tickers

::GeLaNg ZaMrUd::

Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya.
Hari ni dia akan masak “kari kapitan kepala ikan
merah” kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di
Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi
bersama tiga orang rakannya, malam ini Hazif suaminya
yang tercinta akan pulang.

Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari
ini.Anak-anaknya, Seri dan Nabil siang-siang sudah
dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat
persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif, lelaki yang
sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah
tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan
mereka. Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya
dengan Hazif mendapat tentangan hebat dari ayahnya
pada mulanya, ternyata Marni tidak salah pilih. Ini
semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang
sukar menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang
berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Hazif, yang
pada ketika itu hanya seorang kerani biasa
berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan
ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang
Hazif tidak akan dapat membahagiakan Marni, anaknya
yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai
kerani. Tetapi Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan
pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat
hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup
menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan
yang paling penting,Hazif menyintainya sepenuh hati.

Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya
mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya,
Marni diijab kabulkan dengan Hazif dalam majlis yang
penuh ceria.

“Assalamualaikum……”, kedengaran suara memberi
salam. Marni tersentak.

“Abang!Walaikumsalam…”, senyumnya melebar melihat
Hazif di belakangnya.Tangan suaminya dicium dengan
penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di
dahi Marni.

“Terperanjat Mar!Bila abang masuk? Mar tak dengar
bunyi pintu dibuka pun?”

“Saje aje. Nak suprisekan Mar!”, Hazif membelai lembut
rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Marni.
Rasanya baunya lain benar dengan minyak
wangi yang selalu di pakai Hazif. Mungkin Hazif beli
“perfume” yang baru dari Penang, fikir Marni.
“Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul
tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?”

“By air…”, ringkas jawapan Hazif.

“Habis kereta abang?”
“Pada Salleh…”, jawab Hazif.

“Oh patutlah..”, Marni hanya menganggukkan kepala. Dia
kenal benar pada Salleh, salah seorang rakan kongsi
suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Salleh menumpang
kereta Hazif. Sementara Amran, rakan kongsi suaminya
yang satu lagi itu, menumpangkan Mizi, rakan kongsi
mereka yang ke empat.

“Hah!Amran tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau
balik outstation, dia balik sini. Cari makan
dulu….”, tanya Marni. Dia sememangnya sudah masak
dengan perangai Amran, rakan baik suaminya itu yang
masih membujang.

“Nanti dia datang…….”, ujar Hazif.

“Mana budak-budak Mar…?”, tanya Hazif.
“Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu….main
basikal satu pagi.”

“Basikal?”, tanya Hazif.

“Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang
sibuk main tu..”, jawab Marni sambil meletakkan milo
ais kegemaran Hazif didepannya.

“Abang laparlah..belum makan. Mar masak apa?”
“Ah…. Mar masak lauk favourite abanglah…”,
senyuman Marni melerek.
“Kari Kapitan?”, teka Hazif.
” Apa lagi……”
“Bagus jugak tu…Mar siapkan makan. Abang nak tengok
budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia
orang….”

“Habis dengan mamanya tak rindu ke?”, usik Marni.

“Tersangatlah rindu…..”, jawab Hazif lalu mengucap
dahi isterinya lagi.
Marni tersenyum melihat Hazif berlalu. Kasih-sayang
yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin
mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Hazif yang
penyayang.

Hazif terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan
sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai
seorang isteri. Apatah lagi di saat ini
mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang
cerdik dan comel.
Hazif merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak
tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya.
Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan
jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?
Itulah yang selalu Hazif fikirkan. Dia tahu, Marni
seorang wanita yang cekal hatinya.
Apa pun rintangan pasti Marni dapat mengatasinya.
Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang
bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah
persoalan yang sedemikian.

Marni masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan.
Sempat dia melihat Hazif menyeka airmata. Marni
hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat
Hazif menangis selain selepas waktu mereka sudah siap
diijab kabulkan dulu.
Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga
kerana berjaya juga menikahi Marni walaupun mendapat
tentangan hebat dari ayah Marni.

“Bang… kenapa ni…?”

Hazif mengangkat muka, memandang Marni.

“Mar…kalau apa-apa jadi pada abang, Mar jagalah
anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat
ajaran agama yang secukupnya…”, ujar Hazif,
lembut.

“Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan.
Mar dah siapkan tu…”

“Mar janji dengan abang dulu….”, rayu Hazif.

Marni merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak
kena dengan Hazif hari ini. Tidak pernah seingatnya
Hazif berangai pelik seperti ini.

“Yalah…Mar janji..”, akhirnya Marni bersuara, tidak
mahu memanjangkan teka-teki ini lagi.
“Mar…abang ada belikan Mar sesuatu….”, ujar Hazif
sambil menyeluk pokek seluarnya.

“Eh……gelang zamrud….”, senyum Marni tatkala
melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan.

“Mar ingatkan gelang ni tak?”. Gembira benar hati
Hazif melihat keriangan di wajah Marni.

“Ingat?”, Marni mengerutkan dahi. Sebentar kemudian
dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada
gelang itu.

“Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai
masa di Komtar? Mar suka sangat tengok gelang tu. Masa
tu, abang tak ada duit nak belikan Mar.
Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang
akan belikan juga gelang tu untuk Mar. Kebetulan
kelmarin, masa jalan dengan Amran, abang
terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli…”

Terpegun Marni mendengar cerita Hazif. Sungguh tidak
disangka,setelah sekian lama, Hazif masih ingatkan
gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri
tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi
berangan untuk memilikinya.
Kasih-sayang Hazif selama ini sudah cukup buatnya.

“Terimakasih bang….”, Marni memeluk suaminya.

“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”,
bisik Hazif ke telinga Marni.

“I love you too..”, balas Marni. Air jernih mula
tergenang di anak matanya.

Dalam kesyaduan itu, kedengaran bell pintu dipicit
orang.
“Amran agaknya tu….”, bisik Hazif.

“Tak pa. Biar Mar yang buka pintu…”, Marni bangun
melepaskan pelukannya.

“Mar….”,Hazif menyambar tangan Marni.

“I love you…very very much…..”, Hazif mengucup
tangan Marni, penuh kasih.

“Me too..,” jawab Marni pendek. Gelang zamrud
dimasukkan ke poket bajunya.

Sebaiknya pintu terbuka, menyongol wajah Amran dengan
rambut yang kusut masai.

“Hai..Am. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart”
memanjang. Hari ni lain macam aje?”, usik Marni.

Amran hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput
dan melebuhkan punggungnya di sofa.

“Mar…can you please sit down..”, pinta Amran.

Marni mengerut dahi. Apa kena dengan si Amran ni
agaknya?, detik hatinya.

“Please…I have something very important to tell
you…”, pinta Amran lagi.

Marni semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti
mana yang dipinta. Amran menunduk. Tidak tahu
begaimana untuk memulakan perbualannya.

“Mar…apa pun yang Am nak sampaikan ni, Am nak Mar
sabar dan bertawakal.
Terimalah dengan hati yang tenang…”, perlahan ayat
yang keluar dari mulut Amran.

“Apa yang you merepek ni Am?”. Teka-teki terus bermain di benak Marni.

“Mar…….Hazif….Hazif kemalangan. Dia tak dapat di
selamatkan Mar…”,
tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Amran.

Marni tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Amran
lakunkan? Hazifkan ada di rumahnya tika dan saat ini.

“Apa ni Am…kalau nak bergurau pun biarlah
bertempat…”, balas Marni.

“I’m serious Mar…..Am yang saksikan sendiri..”

Marni terpegun. Mana mungkin Amran berkata benar
sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya.
Di bilik anak-anaknya.

“Am…..apa yang Am cakap ni…Hazifkan dah balik. Dia
ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia…”

“Apa? Hazif dah balik?”, terbeliak mata Amran. Sungguh
dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala
Hazif di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas
yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat bagaimana
Hazif disambar lori tanah ketika melintas jalan menuju
ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah
jenazah Hazif dibawa ke hospital dengan diikuti Salleh
dan Mizi, dia terus memecut menuju ke Johor
Baru untuk ke rumah Hazif. Dia mahu menyampaikan
berita buruk ini pada Marni sendiri. Dia tahu betapa
wanita ini menyintai suaminya.

Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah
menelefon Salleh untuk memastikan segala urusan
membawa jenazah Hazif pulang berjalan dengan lancar.
Mana mungkin Hazif pulang ke rumah?

“Am…you dengar tak apa Mar cakap? Hazif dah
balik…”, Marni mengejutkan Amran dari khayalannya.

“Mar…Am tak tahu apa nak cakap. Tapi percayalah, Am
sendiri yang melihat kejadian itu. Hazif meninggal di
pangkuan Am Mar…”

“Bohong…Hazif dah balik…Nanti biar Mar panggil
dia….”, Marni semakin binggung. Apa tujuan Amran
menceritakan yang bukan-bukan padanya?
Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Hazif
tiada disitu. Ah! Tentu Hazif di bilik mereka. Dia
menjenguk ke situ juga memanggil nama Hazif.
Tiada jawapan. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu
Hazif mungkin ke sana.
Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, Marni
terduduk di ruang makan.

Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di
tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang
Amran sampaikan? Mimpikah dia?

Amran hanya memerhati gerak-geri Marni. Sungguh kesian
benar dia melihat Marni ber lari ke sana-sini mencari
Hazif yang dikatakan sudah pulang.

“Mar…arwahnya suruh Am sampaikan sesuatu…”, Amran
menghulurkan kotak berwarna merah. Marni hanya mampu
memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak
yang dihulurkan Amran disambut juga. Perlahan
dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang
subang zamrud.

Terlopong mulut Marni.

“Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu.
Kelmarin masa arwah beli, Am pasti benar ada seutas
gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Am
cari, tak jumpa juga”, sedih suara yang keluar dari
mulur Amran.

Marni memandang Amran. Terkedu. Air jernih sudah deras
dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud
pemberian Hazif. Dikeluarkan gelang itu dari poket
bajunya.

“Ini ke Am?”, tanyanya perlahan.

Amran tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya dibeli
Hazif malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Hazif
menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu
untuk Marni. Tapi macam mana pula benda itu boleh
berada pada tangan Marni? Apakah benar cakap-cakap
Marni bahawa Hazif sendiri yang pulang menghadiahkan
gelang itu kepada Marni? Kalau benar, bagaimana? Yang
nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan
izinNya.

Marni hanya mampu menangis. Dia memandang
“kari-kapitan’ yang belum tersentuh dan milo ais yang
belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut
kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya
saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau
benar Hazif sudah pergi sebagaimana kata Amran, siapa
pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud
ini padanya? Sungguh sukar untuk Marni menerima
kenyataan ini.

Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan
surah Yassin,
Marni masih mengharap akan kepulangan Hazif, sambil
memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk
memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Hazif
tiba di rumah, barulah Marni yakin bahawa suaminya
sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya
seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.


::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

PoWeReD bY ..SuMThInK2beLiVe..