::FrENzZ 4 eVeR::

..Our SweeTness Love..

Daisypath Anniversary tickers

Our sWeeT BAby

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

::Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah::

Salam Blogger2 semua....

lama...betul2 lama dah tak merepek kat sini...rasa rindu ker ni?tak gak..huhuu..ada lah cket...
but lack of idea...

terlintas nk menekan2 kat blog ni balik pun just wanna to share apa dah berlaku kat 'ummi n bby' nyer...
haa...mesti ada mulut yg "ekhh ngandung lagi ke...?" alah dah rezeki Allah nk bg terima lah ngn hati terbuka..dan senang hati...





tapi mengandung kali ni...ada masalah yg lain plak timbul..hee..may be bby kli ni lagi manja dr abg long nyer..

Placenta Previa (PP) atau sgt2 dikenali dan difahami sbgi Uri Di Bawah

Punca ianyer kebawah memang x dapat dipastikn..sbb dr semua yg tersenarai 1 pun tak terlibat..tp mungkin ni dugaan utk ummi utk kandungan kali ni.."tak pe syg ummi..ummi tanggung semuanyer utk syg ummi ni.."

1st time scan kat KK Senawang 11/07:(20w+5d)..doctr (pompuan malayu...muda n cantik.) dah bg tahu "uri puan dibawah ..next month i buat appmnt utk kita scan lgi ok..we see next progress.."

tapi time tu pikir ...apa der hal baru 20w nnti2 naik lah ni...huhuu...sbb bukan sakit apa pun..nk risau pe..rase mcm benda kecik jer tu..

nk dijadikan cerita...28w..bledding lah cket++sakit kat bahgian ari2..tp rlex je g..
then hubby ajak g KPJ buat chk up...pun doctr kata benda yg sama...disertakan gambar scan n detail scanning for KK ref....apa lgi time g KK plak dia scan skali g..n bg  tau may be dlm type I atau II..
Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah ni ada 4 type..so di bg nyer surat watikah kemasukkan terus ke wad...
berkampung lah kat hospitall..fuuhhh bosan tahap dewa dewi...lepas scan ngn pakar so conclute nye type I..boleh laa men discarge kn dri (tp dgn risiko sendri)....

semoga allah permudahkan urusan kita ye syg Ummi...Amin..

Jom baca cket pasal Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah ni:

Utusan Malaysia - 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN



BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.
Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.
Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?

Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?
Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.
Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.
“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ 

jelasnya..Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.
Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.
Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.
Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.
PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.
Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.
Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.
Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.

Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.
Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. 
Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.
Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.
Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
 
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
 
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.
Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.
Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.
Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi

- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim - pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.
Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.
Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.


::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Wednesday, May 9, 2012

Tanda-tanda awal nak bersalin

my 1st time... 

::36minggu 4hari::


sgt2 mendebarkan lebih dr mendebarkan saat nak bernikah sethun yg lepas...huhuuu..
byk laa cari bahan bacaan..ada gak tnyer kawan2, adik ipar, n mak...

apa2 pun i will do the best for my baby..semoga Allah selamatkan ummi n adik..dan segalanyer..

mak kata...org bersalin ni tak semua nya sama tandanyer...ada yg senang ada yg payah..hhuhuu..
tapi dr pembacaan ku..(poyo lah plak)..mcm hampir semua jer sama...wink wink..

hasil pembacaan selepas dibuat rumusan..huhuuu..:

sumber : ~Zezzatty~


Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan (tak pasti ringan ker tak,still raser mcm besa g) sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.(sejak 2menjak ni memang dah terasa sgt..ingatkan berat dah bertambh)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (sgt2 la..selalu sekali jer bgun tgh mlm g toilet,skrg dah 2-3x..alamak..)
  • sakit perut, memulas (mcm ada gak..tapi munkin asyik mkn jerrr..)
  • kerap buang air besar (dah mkn mcm2 kan mesti la membuang jer gak..huhuu)
  • kerap terkentut (ooppss...angin besa laa ibu mengandung..hehehh)


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang (dah selalu dah rasernyer)


  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban (kompom2 belumm g)

  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.


..SEMOGA Allah permudahkan segala urusan ku sekeluarga...

::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Tuesday, May 1, 2012

~Mom.2.Be~

♥ INDAHNYA HIDUP DI DALAM RAHIM IBU ♥
--------------------------------------------------------

Melalui kehidupan di dalam rahim ibu, mungkin tiada siapa yang pernah ingat waktu itu...Namun ada beberapa perkara yang indah yang perlu kita tahu...Jom kita tengok...

1. Sekitar usia 3 bulan, saya mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini adalah untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhan saya. 

2. Saya dah boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usia saya 3 bulan, peti suara saya sudah mula terbentuk dan saya sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, saya sudah mula meneroka ruang di sekeliling saya. Saya mula bermain dgn tali pusat saya sendiri, menghisap ibu jari sendiri, berenang-renang, menendang-nendang sekeliling saya dan berpusing-pusing di dalam kantung dalam perut ibu saya. Tetapi, kadang-kadang ada juga ibu yang tak sedar tentang pergerakan saya kerana baru pertama kali saya duduk di dalam perutnya….. 

4. Ketika usia saya memasuki 4 bulan, saya akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila saya tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, saya akan mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibu saya dan akan menutup telinga dengan tangan saya sendiri apabila mendengar bunyi yang kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori saya mula terbentuk dan saya dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapa saya dan mula meneroka anggota tubuh badan saya sendiri.

7. Seperti orang dewasa yang lain, saya juga bermimpi seawal usia 7 bulan di dalam perut ibu. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak saya tau...!

8. Apabila otak saya sudah mula terbentuk, saya akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim ibu lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosi saya juga terganggu dan menyekat perkembangan mental saya…Jadi, ibu-ibu yang sedang pregnant, jangan stres2 tau…kesian kawan-kawan saya dalam perut tu…. 

9. Sebaik sahaja deria rasa saya terbentuk, saya juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibu dan boleh mengerutkan dahi dan memuncungkan mulut saya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja saya lahir, pertama kali saya membuka mata, anak mata saya akan membesar untuk menunjukkan kecomelan saya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu dan bapa saya…Dan saya yakin, uncle & auntie yang lain pun rasa yang sama kan??Comel kan kawan-kawan saya yang lain?? ♥

::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Wednesday, May 11, 2011

::Adik 2 thn VS Kakak 29 thn -->aGAk2 saPeR yg AkAn TeRkeNA::

U ALL raserr lah kan..dr n3 cik lynn ni..saper yg akan terkena..si kanak2 tu ker or si dewasa tu??
kalu ikut logikk kan mesti si kecik kanak2 tu kan...tu kalu ikut logik laa...mari kita tgk saper yang mengena and saper yg terkena dahhh....

TERsebutlah al kisah nye...disuatu pagi yg damai dan nyamannnn....

si kakak 29thn tu masih lagi diperbaringan..bermalas malasan utk bgn almaklumlahh jarang dapat cuti dan balik kampung...

SI adik 2thn tu..awal dah bgn..perlahan2 dia buka pintu bilik si kakak tadi dan tgk..sambil berkata.."OOoo..ayung idoo g.."..dia pun keluar..

dalam tido2 ayam itu si kakak sebenarnyer memang sengaja buat2 tido karang si adik tarik ajak bgn..

30min berlalu..

bunyi lagu ketukkan kat pintu and masuk balik sikecil tadi..dgn 'bantal ucuk' nyer..mungkin dah tak betah utk tgk shj sikakak ni tido tak bgn2 lagi walaupun jam dah pukul 9.30am..

adik: ayung aguuunnn laa..aguunnnn laa..

kakak: jap lagi laa..adik g laa kacau mak dulu..ayung nak tido g..

adik: ayung aguuunnn laa..aguunnnn laa..

kakak:tak nakkkk..adik jgn r kacun ayung..ngantuk nii..

adik:...oo...(sambil berlalu keluar...)

kakak:yessss...dapat tidooo lagi.....

nak dijadikan cerita siadik ini tgh berlatih la kiranyer tak pakai  pampers lagi..mak tgh ajar dia kalu nak buang air ckp and tarus bwa g toilet..sambik lari2..takut si adk tak dapat tahan..

5min kemudian..

adik:.ayunggg anan nak cingggg...

per lagi dgn terkejut and pantas si kakak bgn..terjun dari katil campak selimut and bantal..

kakak:anan nak cingg yerr..jom..jom..g toilet..cepatt..cepat 

terkejar kejar lah si kakak tadi untuk mengelakkan si adik kencing berterabur dalam bilik..sampai jer toilet..
si adik dgn slumber..gelakkan si kakak..."hehehhee..anan akai pers.."(maksud:anan pakai pempers)

waaaaadudduuuhhhhhh.....terdiam sikakak terkena dgn si adik yg pancing kakak untuk bgn tido...
mak tgk tergeeelaaakkk bagai nak rakk...

padan muka sikakak..malas g bgun tido...bkn malas tapi nak berehat2 dr stress kooojeeee....

anan2...eeeee.....geeeraaammmmmm.....Kesiann kan kat si kakak tuuu....


si adik

si kakak


p/s- wawawaaaaaaa....cik lynn laa tuu....




::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Wednesday, March 9, 2011

::Contest Senyuman Seindah Suria by ROSLIZA ROSLAN::

hehehe..Next Contest..tiuungg..tiuunng.. 
masa menbuang waktu berjalan2 dari 1 ker 1 blog.. terjumpa g 1 contest yg sgt2 nice...sgt2 menarik..tak menang pun tak per janji nak gak join semua geng senyum2 ni...



Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum Dunia tiada penyakit

Senyum Tak perlu kata apa-apa
Senyum Tak perlu kata apa-apa
..Senyum...



SYARAT-SYARATNYA sgt2 mudah :



Follow belog ROSLIZA ROSLAN dan like fanpage 'Rose Shopping Bag' atau fanpage 'Selendang Kasih'  sudah punn

Buat entry khas dengan tajuk
'Contest Senyuman Seindah Suria by ROSLIZA ROSLAN'
then story la pasal gambar senyum dan sertakan gambar sekali. 

 Dah KAt BWh Ni yEE..




ni pic yg paling2 cik lynn suka..kira zaman muda2 lah gak ni..muda tak muda sgt laa..tapi zaman cik lynn masih bujang g..hee..wit my all sibling.."ayung angah alang baby"...rindu lah zaman ni zaman sempoii n gila2 g..hehe..skrang pun sempoi gak just terbatas jer cket dgn title 'Isteri'..of cos laa pic ni time berhari raya..memang wajip posing2 dulu pg2 raya..tak kira laa aidilfitri ker adha ker..
ni lah senyum yg palingg ikhlas dr kami..



Apabila entry dah siap, tinggalkan link..dah jugekk
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 April 2011
Keputusan 100% hak milik tuan empunya belog 

HADIAH MISTERI   menanti yee..


~~*All DoNe DiNg DoNG* ~~

::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Tuesday, November 30, 2010

::Cerita SemaLam 2::

Semalam yg hangat..hee...mlm penuh dgn makanan..hehe..thanks tu angah n kak ngah (more pd kak ngah laa..)sbb belanje kitaorg semua mkn besar...sgt2 kekenyangan..ikhlas diorg blanje semua kekenyangan...


mana tidaknye..heheh...samapi abg D..termuntah2 terberi2...sakit perut..puass termkn itu ini..heheh...sampai masuk air n dpt MC 2hari..ciann dioo..hee..sejak berenti merokok ni makin2 kuat en tunang mkn hee..alhamdulillah..muka pun nampak dah berisi dah.
Citer balik pasal mkn2 ni...tempat ni kat Nilai..Thai Seafood...mkn sampai puas..huhuu..Family Maklang pun join da vanture..


mcm2 jenis semua lauk da sotong udang ketam ball2 semua da laa..semua jeniss sea2 food2 laa..tapi kalu tak habis akan di charge 100g=rm10..ok gak kedai tu wat mcm tu leh laa elakkan pembaziran..hee..tapi semuaa habisshhhh...heee


mmmm....naper muka org yg tak mengandung ni g lebar dari muka org mengandung tuuu..hot mama ni dah 8 bulan dah..hehee..lagi2 la kuat mkangggg...alhamdulillah..mek ni dapat bersalin kat semenanjung nih..senang hati mak...si pinkky belakang tu sibuukkk jerrr...si hot papa


haaa...si kakak bby ni yg dok melaram jer nihh..kuat gak mkn..hehehee....



timo kasihh bangat loo kak ngah ngan angah sbb belanje kami semua ni mkn..ditambh plak atas sponsor besar utk majlis perkahwenan kakak dia nihh..hee..tima kasih byk lerrr...ni lohh gambor muka org2 kekenyangan dgn peyutt2 yg penuuhhh...muka mak dgn mak lang lagi2 laa...heheh...


p/s=time balik..i semestinyer lahh tertido dgn kekenyang hee..eeerrrr...alhamdulillah..


::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Wednesday, September 29, 2010

::LaSt RaMaHdAn AnD hArI rAyA::

jgn salah sangka..hee...
last ramadhan n hari raya as a cik Norazlinda..laa
hee..nothing...
sama jer raya2 mcm dlu...tak der rasa per pun...
just yg bestnyer..ada ahli baru dlm keluarga en Mohd Ali...
menantu perempuan nyer laa..pn Aishah abd rahman...
heheh...pn Aishah ni lupa kot dah berlaki...masa bersalam2 pg raya tu..dia nak salam abah dulu..
heheh..kena tegur dgn abah..."g salam angah dulu.."..dgn penuh yakin dia jawap..hee"alah lupa lah plak dah der laki"hehehhe


pasangan bahgia mum and dad

pn aishah and her husband

kakak and mum

kumpulan nasyid ampang tinggi

mungkin agak lewat utk post ni..tapi nak wat mcm mana dah sibuk dgn kaki yg tergantung ni haa...
lagi excited sebenarnyer nak sambut raya thun depan dgn ahli baru yg bakal lahir january ni..angah jr laa...
cucu sulung en Mohd Ali and Pn Saunah...xcited btul abah cter kat kawan2 dia..bila kawan dia tnya dah ada cucu ker..then abah jawap...on da way lah ni..bakal lahir..hehhe...kite yg tgh sakit ni pun dgr leh gelak..hehehe


nothing special last ramadhan n last raya as a cik ni..sama jer kot...
byk pkir hal kenduri ni kot..sampai hal nak beli2 baju raya pun dah tak pkir dah..




p/s-tunggu raya pertama as PN NORAZLINDA... ( ',' )
::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Tuesday, September 7, 2010

::CoRnFlAkEs MaDu CoKlAt::

hee...tgh wat kuih raya ni haa..
sempat g nak menconteng2 kat sini..
my patner is Norliyana Mohd Ali..
yg sgt rajin me nyudu2 conflakes ni masuk dlm cup2..

cornflakes madu yg telah berjaya di'edit'

even pd permulaan nyer byk konflik dalm menyiapkan conflakes ni..heheh..tapi alhamdulillah berjaya gak...
chef nyer jauh sgt kat serawak...dlm phone jer lah tny...
nak 3g tak der plak line sini..

dari depan:Norliyana Mohd Ali
tudung putih:chef yg kat serawak

konflik nyer...
heheh...seblum mula bertekak dulu with my patner...nak masak sampai tahap per butter ni..
last2 hangit dah 1st adunan..heheh..mak kata.."tu lah mak caya kalu anak dara 2 org ni kat dapur..tgg kak ngah jer balaik"...

rase tak yah ckp laa...dah hangit..so pahit laa...uuuweeekk...

hehhe...memang anak sulung mak ni tak pandai masak..tapi sgt terur mengedit delete..heee
itu memang kepakaran saya...hehe...

at last hasil dari peng 'edit' an tu berhasil menjadikan kuih raya yg td nyer pahit..menjadi manis..yeeehaaaa...heheh....(k.ngah...rase n comment nanti yerr... :) )

mmm...tiba2 rasa tersangat rindu time bw kuih raya kat universiti dulu..mm...
(tak bw pun...sebat mkn kuih fiza ngan mek ayu jer...hee)

Uthm dihati....


p/s:

fizoh:rindu kuih conrflakes ko gak...ingat tak g lemang ko bw jatuh atas bas dulu hee?


ayu:rindu ket kek coklat ngan spegeti ko...mmm..soto ngan lontong,sambal sotong,nasi lemak yg mak ko masak...miss that moment...


tehah:kuih tehah yg agak keras tu..huhu rindu gak..

fairus adam:air durian belanda..ubi tumbuk...bihun soto...rindu gak...


i,want,to,fly,away,background,icon,xoxo,me
...konvo nanti kita jumpa yee kawan2...





::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

PoWeReD bY ..SuMThInK2beLiVe..