::FrENzZ 4 eVeR::

..Our SweeTness Love..

Daisypath Anniversary tickers

Our sWeeT BAby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, September 26, 2013

::Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah::

Salam Blogger2 semua....

lama...betul2 lama dah tak merepek kat sini...rasa rindu ker ni?tak gak..huhuu..ada lah cket...
but lack of idea...

terlintas nk menekan2 kat blog ni balik pun just wanna to share apa dah berlaku kat 'ummi n bby' nyer...
haa...mesti ada mulut yg "ekhh ngandung lagi ke...?" alah dah rezeki Allah nk bg terima lah ngn hati terbuka..dan senang hati...





tapi mengandung kali ni...ada masalah yg lain plak timbul..hee..may be bby kli ni lagi manja dr abg long nyer..

Placenta Previa (PP) atau sgt2 dikenali dan difahami sbgi Uri Di Bawah

Punca ianyer kebawah memang x dapat dipastikn..sbb dr semua yg tersenarai 1 pun tak terlibat..tp mungkin ni dugaan utk ummi utk kandungan kali ni.."tak pe syg ummi..ummi tanggung semuanyer utk syg ummi ni.."

1st time scan kat KK Senawang 11/07:(20w+5d)..doctr (pompuan malayu...muda n cantik.) dah bg tahu "uri puan dibawah ..next month i buat appmnt utk kita scan lgi ok..we see next progress.."

tapi time tu pikir ...apa der hal baru 20w nnti2 naik lah ni...huhuu...sbb bukan sakit apa pun..nk risau pe..rase mcm benda kecik jer tu..

nk dijadikan cerita...28w..bledding lah cket++sakit kat bahgian ari2..tp rlex je g..
then hubby ajak g KPJ buat chk up...pun doctr kata benda yg sama...disertakan gambar scan n detail scanning for KK ref....apa lgi time g KK plak dia scan skali g..n bg  tau may be dlm type I atau II..
Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah ni ada 4 type..so di bg nyer surat watikah kemasukkan terus ke wad...
berkampung lah kat hospitall..fuuhhh bosan tahap dewa dewi...lepas scan ngn pakar so conclute nye type I..boleh laa men discarge kn dri (tp dgn risiko sendri)....

semoga allah permudahkan urusan kita ye syg Ummi...Amin..

Jom baca cket pasal Placenta Previa (PP) @ Uri Di Bawah ni:

Utusan Malaysia - 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN



BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.
Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.
Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?

Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?
Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.
Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.
“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ 

jelasnya..Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.
Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.
Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.
Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.
PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.
Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.
Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.
Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.

Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.
Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. 
Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.
Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.
Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
 
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
 
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.
Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.
Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.
Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi

- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim - pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.
Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.
Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.


::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Thursday, January 17, 2013

Ummi Alynn Backkk...

bersawangg sudahhh..lamanyerr tak updates.... ni pun tak apa lah mimpi nk updetes balik..hehe..payah gak nk datang balik mood nk meng'updatess' ni..hehehhe... Rizqi my baby pun dah 7month dah...kira2 plus minus dekat setahun gak laa blog ni tersunyi sepi..wink wink...wink.. In Syaa Allah.. pas ni lebih rajin... till then... xoxo publish...(tiru ayat Istanbul Aku Dtg-love that movie ;))
::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Friday, May 25, 2012

Hari2 Mkn nyum..nyum..nyum.. bhg II.. ♥♥

Lokasi:Domino Taipan,Snw


Samb:

mood2 mkn ni tak habis lagi..ehee..ni yg terakhir sebelum Ummi Alynn ni nk terberanak..nyummy..Domino Pizza laa plak...nyum nyum..big thanks yer Ummi Alynn..menu hari ni 3 regular pizza 1 desert banana pizza..chiken pop corn..onion ring..twister orange..ponoohh porooottt....tu laa pasal muka saya mkin2 bulat mcm ball(bak kata adik anan)....huuhuu...wink2..

seperti biasa org yg tiada dlm gambr mesti lah kakk siti..huhuu..

ooh yaa..smlm kak sit n hafiz belanje nasi arab damsyrik..huhhuu..sgt2 murah rezeki time pregnnt ni kan..rezeki kami anak beranak kot..hehe..tq yer kawan2...


(mood skrg tgh bermalas-malasan utk buat keje..nk balik umah jer skrg sambil2 tgg Hubby dtg jemput...)


::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Saturday, May 12, 2012

Hari2 Mkn nyum..nyum..nyum.. ♥♥

Best gak dpt bonuss mcm ni..kenyang perut kita kan anak Ummi....tiap minggu ada jer yg belanjer mkn besar..
mari kita kenang kembali mkn2 besar kita, sejak bonus masuk wink..wink...♥

**********
1.time ni dikira hari perpisahan antara k.lina dgn geng AND n9...k.lina nak balik Johor dah..ada yg tambah 2 pingan nasi tu..huhuuu...big thnks 2 k.lina being aur frenzz..n belanjer mkn ni..semoga kita berjumpa lagi...

lokasi :Chicken Rice Shop,Nilai

2.yg ni plak time Pjot membelanjerkan duitnyer utk kami2 GBT ♥  (geng bas telekom..)..huhuuu..masa order jot main order jer..punya laa byk penuh meja..kami dah risau..habis ker ni nnati..hehheee..tp tak sangka..sekojapan je...finish already....hehhe..siap dessert g...nyummy..nyummy...big thanks juga to Pjot..

lokasi: Johny's Restaurants Jusco Seremban 2

lokasi: Johny's Restaurants Jusco Seremban 2


3.yg ni lagi besar2 lahh..kak siti belanjer 1 office...gambar juadah tak diambik la plak..hehee..tapi ada laksa,nasi lemak,koktail buah-buahan n byk lagi laa..time sekaligus sambut bezday officemate dr Jan-May 2012..bigg thks to k.siti

Lokasi:Our Office,AND TM Rasah

kek bezday..nyummy2

AND Team

AND Team

4.kali ni plak kat huhuu kenny rogger's uu...ikut plan asal minah ni nk belanjer kat "nasi lemak mambau"tup..tup..pas satu seremban 2 dia tawaf..baru dia bawa g sini...ehmm..nurul2..tapi tak per kenyang baby autie nurul..big thanks gak yerr...


Lokasi: Kenny Rogers Roasters, Jusco Sbn 2.


ada lagii...tapi belum tiba masa nyer...next selasa..mkn2 dr Hj Isnin n Achik Zamri plak..Ummi Linda next Friday...tapi Ummi linda dah belanje Ummi Alynn in advance...sbb takut terberanak awal..tp tu laa dia bg tau nk belanjer pas habis mkn tak sempat nk ambik gambar..huhuu..hehee...bigg thkss to ummi linda n Khuzai n Inani yer...


naper GBS @ GBT tak ckup ahli dlm gambr2 ni..hee..sbb k.siti hannya suka ambik gambr org lain tu yg gambr dia tak der..semua dia yg tukang ambik kan...aduuaiiii akak..akak..


p/s-nanti continue g next party..wink..wink..
nk mkn byk2 n puas2 sebelum start berpantang..huhuu 



::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Wednesday, May 9, 2012

Tanda-tanda awal nak bersalin

my 1st time... 

::36minggu 4hari::


sgt2 mendebarkan lebih dr mendebarkan saat nak bernikah sethun yg lepas...huhuuu..
byk laa cari bahan bacaan..ada gak tnyer kawan2, adik ipar, n mak...

apa2 pun i will do the best for my baby..semoga Allah selamatkan ummi n adik..dan segalanyer..

mak kata...org bersalin ni tak semua nya sama tandanyer...ada yg senang ada yg payah..hhuhuu..
tapi dr pembacaan ku..(poyo lah plak)..mcm hampir semua jer sama...wink wink..

hasil pembacaan selepas dibuat rumusan..huhuuu..:

sumber : ~Zezzatty~


Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan (tak pasti ringan ker tak,still raser mcm besa g) sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.(sejak 2menjak ni memang dah terasa sgt..ingatkan berat dah bertambh)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (sgt2 la..selalu sekali jer bgun tgh mlm g toilet,skrg dah 2-3x..alamak..)
  • sakit perut, memulas (mcm ada gak..tapi munkin asyik mkn jerrr..)
  • kerap buang air besar (dah mkn mcm2 kan mesti la membuang jer gak..huhuu)
  • kerap terkentut (ooppss...angin besa laa ibu mengandung..hehehh)


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang (dah selalu dah rasernyer)


  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban (kompom2 belumm g)

  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.


..SEMOGA Allah permudahkan segala urusan ku sekeluarga...

::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Tuesday, May 1, 2012

~Mom.2.Be~

♥ INDAHNYA HIDUP DI DALAM RAHIM IBU ♥
--------------------------------------------------------

Melalui kehidupan di dalam rahim ibu, mungkin tiada siapa yang pernah ingat waktu itu...Namun ada beberapa perkara yang indah yang perlu kita tahu...Jom kita tengok...

1. Sekitar usia 3 bulan, saya mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini adalah untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhan saya. 

2. Saya dah boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usia saya 3 bulan, peti suara saya sudah mula terbentuk dan saya sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, saya sudah mula meneroka ruang di sekeliling saya. Saya mula bermain dgn tali pusat saya sendiri, menghisap ibu jari sendiri, berenang-renang, menendang-nendang sekeliling saya dan berpusing-pusing di dalam kantung dalam perut ibu saya. Tetapi, kadang-kadang ada juga ibu yang tak sedar tentang pergerakan saya kerana baru pertama kali saya duduk di dalam perutnya….. 

4. Ketika usia saya memasuki 4 bulan, saya akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila saya tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, saya akan mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibu saya dan akan menutup telinga dengan tangan saya sendiri apabila mendengar bunyi yang kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori saya mula terbentuk dan saya dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapa saya dan mula meneroka anggota tubuh badan saya sendiri.

7. Seperti orang dewasa yang lain, saya juga bermimpi seawal usia 7 bulan di dalam perut ibu. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak saya tau...!

8. Apabila otak saya sudah mula terbentuk, saya akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim ibu lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosi saya juga terganggu dan menyekat perkembangan mental saya…Jadi, ibu-ibu yang sedang pregnant, jangan stres2 tau…kesian kawan-kawan saya dalam perut tu…. 

9. Sebaik sahaja deria rasa saya terbentuk, saya juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibu dan boleh mengerutkan dahi dan memuncungkan mulut saya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja saya lahir, pertama kali saya membuka mata, anak mata saya akan membesar untuk menunjukkan kecomelan saya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu dan bapa saya…Dan saya yakin, uncle & auntie yang lain pun rasa yang sama kan??Comel kan kawan-kawan saya yang lain?? ♥

::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

Lama Sungguhhhhh....

huhuuu..lama sungguh tak update blog ni..tah apa la mimpi hari ni nak update plak..hehehe..mmm..nk updates konon but with zero idea mehh...wink wink..tak per janji berjaln cket laa blog ni..mana tau thg hari ni idea dtg plak..almaklum laa perut ngah laporrrrr.....


p/s:selamat hari pekerja kat semua kawan2 termasuk diri sendiri..huhuu..mode:tak der mood kerja bila dah lma cuti...hee



::AlwAyS laUgH wHeN yOu CAn..It iS chEaP meDiCiNe::

PoWeReD bY ..SuMThInK2beLiVe..